Sistem Pendidikan Malaysia : Perspektif Kritis Ahli Akademik
Apakah pandangan anda tentang sistem pendidikan negara sekarang? Adakah anda percaya pendidikan kita akan dapat melahirkan anak bangsa yang kompeten? KPM sangat mengharapkan sekolah dapat mendidik anak muda menjadi insan yang reflektif dan kreatif, tetapi adakah guru yang menjalankan tugas ini digalakkan membuat demikian?
Kebelakangan ini, kami sering terbaca ulasan Dr. Othman Talib, seorang pensyarah universiti berkelulusan Doctor of Education dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang kimia.
Misalannya, “Msia perlukan model pendidikan yang mengutamakan keperluan murid dan guru dgn ekosistem yg kondusif kerana merekalah yang mengajar dan belajar, dilengkap dgn sistem sokongan. Lakukan ini dulu kerana yang lain adalah secondary .... ” (dipetik dari FB OT)
Lebih membuka minda kami ialah Dr Othman Talib sering mengemukakan pandangan beliau tentang kejayaan di luar negara dan membuat perbandingan yang releven. Misalnya beliau berkata, "Guru Finland juga LELAH dgn differentiated learning, tapi diberikan support system yg diperlukan hingga guru berdedikasi mengajar tanpa gangguan beban birokrasi dan tertekan emosi yg tak perlu."
Banyak yang kami belajar daripada Dr OT. Justeru, kami mengundang beliau untuk memberi satu siri ceramah dalam talian pada bulan Februari di pelantar kami, iaitu Akademi Faqing. Keperincian adalah seperti berikut:
Keperincian adalah seperti berikut:
Tarikh:
(Ahad)
5/2 Mengetahui Sistem Pendidikan Kita
12/2 STEM dan Pendidikan Sains di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah
19/2 Kenali asas Pendidikan Negara Maju
Masa: 2.00-4.00 ptg
Penceramah Kursus
现任马来西亚思特雅大学助理教授。前任马来西亚博特拉大学讲师。2007年,Dr. Othman于澳大利亚阿德莱德大学取得博士学位。





